THE CYBER STOKIST, WHERE THE RETURN TO NATURE BEGINS.

PERTANYAAN LAZIM

erasaskan e mail yang saya terima, saya catitkan di bawah untuk pengetahuan anda semua. Jadi kalau ada saolan lain dari itu boleh lah e mail saya.

MAKLUMAT PERIBADI

NAMA PENUH?

-Haji Khazi bin Hj Hussain

MANA DUDUK?

-alor star.

KELULUSAN?

-grad.

KERJA APA DULU?

-gomen.

SEKARANG KERJA APA?

-pesara. Net trader

MANA TAU SEMUANYA NIE?

-rahsia perniagaan.

TEL? E MAIL?

-0194745766

-khazihjhussain@yahoo.com

ALAMAT RUMAH/ KP/NO KERETA/TEL RUMAH?

-kalau dah jadi beli produk baru boleh beritahu. maklumat terbuka dalam internet ni orang boleh salahguna.

MAKLUMAT TEKNIKAL AM

APA NIE, SAYA PAKAI MAGNET DAN PILL SAHAJA LAGI MURAH !

Saya fikir anda perlu baca lapuran ini dulu. layari:

http://laporan megenai pemakain additive dan pill dalam fuel.

APA ITU HYDROGEN?

-lihat tafsiran Kerajaan Bush

-layari juga:

http://hydrogen-production-and-fuel-cell-technology/

ADAKAH KERETA PAKAI HYDROGEN SEKARANG?

-Ada. layari:

http://apa-bendanya-hydrogen-booster-ni/

dan layari juga:

https://cyberstokist.wordpress.com/hydrogen-fuel-cell-cars/

BERAPA PERATUS BOLEH JIMAT?

-Dari 30% keatas tergantung kepada kereta, kekuatan kudanya, sistem intake fuelnya, dan juga sudah tentu cara pemandunya.

DAH ADA KERETA DIMALAYSIA YANG PASANG?

-ada

DI MALAYSIA ADA PENGELUAR KERETA HYDROGEN CAR?

-beritanya ada dulu, tapi entah apa dah jadi. layari:

http://malaysian-auto-manufacturer-lmg-applies/

BOLEH PASANG SENDIRI?

-ya boleh kerana ada installation guide. pomen bawah pokok pun boleh pasang.

BOLEH JADI AGEN?

-Agen tunggal tak ada, sesiapa yang beli minima 4 set akan dapat pengurangan harga. Nilai pengurangan harga tergantung kepada kuantiti pesanan. SILA E MAIL SAYA: khazihjhussain@yahhoo.com

BOLEH DIPASANG KE KERETA ELECTRONIC INJECTION FUEL?

-boleh dgn syarat anda pasang juga MAP/EFIE sensor bersama. Alat ini mengawal kumputer injection fuel yang mengawal mixture pembakaran. Harga alat ini l.k. RM500, kalau tidak penjimatan minyak tidak berkesan. Kalau tak nak pkai alat tu, anda kena balut dgn aluminium foil 4-6 x balutan kat oxygen sensor kereta anda.

EFIE DAN MAP ITU UNTUK APA DAN FUNGSINYA UNTUK APA?

-Sila layari: http://mengapa-fuel-injection-perlukan-alat-mapefie/

KERETA APA BOLEH PASANG? KERETA DISEL BOLEH PAKAI KE?

-Boleh. semua jenis kenderaan petrol dan disel, kereta lama dan baru, tak kisah brandnya, tak kisah cc nya, termasuk motorsikal kalau beterinya 12V. Kereta api belum ada orang cuba.

MACAMANA TRAK, LORI, TRELER DAN BUS?

-Boleh, produk untuk itu ada tetapi setakat ni belum ada orang pesan.

PALING MURAH SEKALI BERAPA?

-RM460. Tapi alatnya sangat basic, itu pun belum ada orang pesan.

PRODUK NI TAHAN LAMA KE?

-ya, kalau anda selalu jaga dan cuci selalu.

ADA PENGESAHAN SIRIM?

-tak ada. tak tau lah pulak ‘SIRIM’ nagara pengeluarnya.

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DALAM ENJIN KERETA?

Klik di sini

LAMA MANA BARU KENA TOP-UP AIR PULA?DAN BERAPA BANYAK?

-kira kira 1,000 km. Satu cawan.

KALAU LUPA TOP UP AIR TENGAH DRIVE AIRNYA KERING MACAMANA?

-kereta tak rosak. bila air kering, gas hydrogen tak dikeluarkan lagi. jadi kereta macam biasa balik, pakai fuel sahaja. kemungkinannya samada fuse akan blow atau pun hydrogen generator akan rosak kalau pasang fuse melebihi 15 amp.

PAKAI AIR JENIS APA TU? DAN BANYAK MANA SEKALI TOP-UP?

-air suling. air beteri boleh. air hujan, mineral dan paip tak boleh. sekali top-up lebih kurang secawan. seelok eloknya setiap kali satu tangki minyak cek lah untuk to-up.

AIR BETERI KENA BELI LAGI RM2.00 SEBOTOL?

-ya, sebotol tu boleh tahan untuk 5-6,000 km. Eh apa susah, bila pasang nanti, kalau tak ada air beteri e.mail saya, saya beritahu sejenis air yang sama kualiti dgn air beteri tetapi free. Ianya ada di mana2 terutamanya dalam bandar. Anda perlu pi bawa botol kosong untuk tadah saja.

TENGOK ADA MACAM YANG DIBUAT DARI KACA BOTOL. TAHAN KE?

-setakat ni belum lagi ada yang komplain kaca tu pecah. anda bolih pilih model lain pakai steeless.

INI GES HYDROGEN NI POWERFUL TAK BOLEH MAIN2 NANTI MELETUP. BETUL KE?

-Ya, apa jua jenis combustion boleh meletup, baik petrol, baik gas masak, baik gas hydrogen. Ianya meletup kerana ianya disimpan “storage” dalam tangki baik tangki dapur mau pun tangki dalam kereta yang kita bawa hari hari. Tetapi alat ini tak simpan gas. Ianya ‘hydrogen on demand’ iaitu bila hidupkan enjin dan memandu saja baru gas tu keluar. Kalau tutup suis enjin, gas tak keluar. ini lagi safe dari petrol dan gas asli, kerana kalau tutup suis pun petrol dan gas asli tu masih ada dalam tangki di belakang kereta kan?

DARI MANA PRODUK NI DATANG?

-Banyak tempat, kebanyakan dari USA. Ada dari Turkey, Australia, New Zealand, Canada, Britain dan beberapa negeri di Eropah.

NAMPAK MACAM BOLEH BUAT SENDIRI?

-ya, boleh pun. Tapi saya tak dak masa nak buat sekarang. Tengok nanti lapang2. kalau anda nak buat sendiri anda boleh e mail saya untuk membeli e guide dan digram. kalau berjaya mungkin saya boleh tolong mengedar produk tu sekali.Edit: sekarang dah buat sendiri. Model HBL dan HBL2.

ADA JAMINAN?

-tak ada. banyak benda yang anda pakai sekarang tak ada jaminan pun.eg tyre kereta, spark plug, liquid untuk air, brake dan minyak hitam, kasut brake, semua jenis hose dalam kereta anda, bulb lampu, exhaust. Malah petrol yang anda pakai sekarang pun dimana jaminannya? ada surat Petronas ke kata tak meletup atau tak ‘eveporate’?

ADAKAH AKAN MENGGANGGU WARRANTY KERETA SAYA?

-tidak, sebab anda pasang di luar enjin, macam anda pasang assessori lain.

KILANG APA BUAT BENDA NIE?

-sebenarnya kalau di USA tak ada kilang yang besar besar, yang ada, adalah banyak bengkel (SME) yang di kelolakan oleh pesara pesara dalam bidang permotoran. Ada kelab di sana bersama sama dgn kelab green world mempromosikannya. Di USA anda akan dapat rebit dari Jabatan Hasil dalam Negera kerana enjin kereta anda ‘green’. Di Malaysia ni ada kut….kena tanya Pak Lah.

BAGAIMANA DAPAT BARANG NI?

-saya pesan melalui pos. kalau jauh saya hantar kat anda pun malalui pos juga.

NAMPAK MACAM TIPU AJE?

-kalau fikir macam tu tak payah orderlah. banyak kerja lain nak buat. selain dari wahyu tuhan, yang lain lain tu ada kemungkinan tipu punya.

APA RISIKO NYA?

-eh mana benda dalam dunia nie tak dak risiko? just tell me.

APA JAMINAN ANDA?

-Produk tak sampai bagi duit balik. Saya sedia berikan maklumat terprinci peribadi bila anda membuat pesanan.

BETULKAH BOLEH PAKAI AIR NIE?

Jangan silap faham. Ini bukanlah bererti kereta anda pakai air 100%. Apa yang berlaku ialah air menjadi subsidi petrol. Air itu ditukar menjadi ‘brown gas’ melalui booster/electrolyzer tu, gas itu di suntik masuk kekebok enjin kereta bersama sama dgn petrol. Jadi kerta anda pakai gas tu katalah 50% dan petrol 50%. itu lah yang jimat tu. Kadar jimatan yang diberitahu oleh pengguna Amerika ialah dari 30% – 80%. Layari :

https://cyberstokist.wordpress.com/more-on-hydrogen-technology/ DAN

https://cyberstokist.wordpress.com/apa-itu-hydrogen/

https://cyberstokist.wordpress.com/can-a-car-running-on-water/

KALAU TEKNOLOGI NI CANGGEH MENGAPA PENGELUAR KERETA TAK BUBUH DALAM KERETA?

-Sila layari:

http://sebahagian-dari-teknologi-dari-kereta-yang-sedia-ada/

BOLEH TUMPANG NAK NIAGA SAMA?

-ini soalan yang paling suka saya dengar. tak dak masaalah. Kita kan makhluk tuhan sama sama cari rezeki. Modal tak banyak, boleh mula dibawah RM3000 sahaja. E mail lah.

ANDA FIKIR HERGE MINYAK NAIK LAGI?

-Ini saolan saya tak boleh jawab. Tapi apa benda pun makin naik sekarang sebab manusia ramai nak guna. tapi yang pasti herge fuel akan naik lagi.

MAHAL SANGATLAH BANG…TAK BOLEH BUAT SENDIRI KE?

-kalau anda berminat membuka bengkel sendiri membuat benda ni ianya boleh menjadi murah. saya ada digram untuk membinanya. Boleh bincang. Kena ada tapak/bengkel dgn modal operasi. Kosnya bawah RM30k. Minat ke?

BERAPA KAPASITI PENGELUARAN HYDROGEN GAS ALAT ALAT INI?

-MODEL & KAPASITI PENGELUARAN HHO GAS.

Berasakan dari ujian yang di buat pada Oct 2007 oleh Kavin Inc. Ujian ini keatas jenis 316L grade dawai dengan kadar 0.25 camca teh electrolyte per balang ( 32 oz). Keperluan untuk penjimatan biasa bagi kereta 16 cc kebawah 10litre/hour adalah mencukupi.

HB3 pro single, 13-22 litre/hour base on input amp & electrolyte(A&E)

HB3 pro dual, 28-40litre/hour (A&E)

HB1 basic SET A, 12-20 litre/hour (A&E)

HB basic complete SET A & B, 22-30 litre/hour (A&E)

HB2, 12-18 litre/hour (A&E)

Edit: Kebanyakan gambar model diatas saya dah keluarkan kerana tengah promote modal tempatan. Kalau mahu e mail.

Semua model di atas di import. Saya tak buat stok.

Ujian yang di buat dalam tahun 2007 berdasarkan pembaikan yang di buat kepada tebal dan jenis dawai lilitan electrode, arus current dan volume electrolyte. A adalah input arus current dan E adalah volume electrolyte.

Modal buatan tempatan HBL dan HBL2 juga boleh mengeluarkan di antara 10 – 18liter/hour.

NAK TENGOK MAT AUSTRLIA TEST KERETA

Klik di sini.

BERAPA HARGANYA DAN MACAMANA NAK ORDER

layari http://malaysiangreencar.wordpress.com

5 Comments »

  1. salam tuan..saya nak tanya pasal MAP/MAF enhancer.kereta saya mazda lantis
    1.6 manual(EFI).Untuk model 1.8 saja yang ada O2 sensor dekat extractor.

    untuk 1.6 saya lihat tiada O2 sensor tersebut ditempat yang sama.tempat sensor tu ada tp O2 sensornye yg takde.ini berdasarkan saya melihat kereta mazda lantis 1.8 kawan saya.

    soalannye….untuk kereta saya , EFIE tu nak disambung kat mana?
    adakah di MAF sensor ??(airflow sensor)

    tq.

    Comment by joeaxe — July 10, 2008 @ 3:46 am

  2. SALAM,
    HJ. SAYA NAK TANYA KALAU SAYA MENGGUNAKAN ALAT YANG MENGGAWAL MAP SENSOR. MACAM MANA CARANYA UNTUK MENGGAWALNYA ADAKAH DENGAN MENGGUATKAN VOLUME ATAU MEMPERLAHANKANNYA BAGI MENJIMATKAN MINYAK

    Comment by zuria — August 4, 2008 @ 1:08 am

  3. kalau saya nak pasang kat motor EX5 berapa kos die? saya nak cuba kat motor dulu.

    Comment by mat — April 14, 2010 @ 4:12 am

    • Maaf, cik saya belum cuba kat motor sebab kena tukar spec nya.

      PALING MENJIMATKAN FUEL

      HYDROGEN BOOSTER FOR CAR

      STORE OF ALLYOUR NEEDS.

      TEMPAT MENGADU

      CYBER STOR

      Comment by cyberstokist — April 16, 2010 @ 12:12 pm

  4. sekarang ni brg ni ade lagi tak?

    Comment by hamdan — January 4, 2012 @ 3:59 am


Leave a reply to hamdan Cancel reply

    May 2024
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

    water for fuel, guna air ganti minyak.

    Blog Stats

    • 108,154 hits

    Top Clicks

    • None